Pages

Wednesday, 18 July 2012

Pelajar boleh bawa handphone ke sekolah?

Salam dan selamat sejahtera.

Masuk kelas pertama pagi ni, seorang pelajar bertanya dengan Clouds dalam nada hendak mengiyakan, "Cikgu, tahun depan boleh bawa handphone ke sekolah yek?"..Sebelum tu, semasa perhimpunan pagi, beberapa guru mengeluh kerana cadangan membenarkan pelajar membawa handphone ke sekolah. Sebagai seorang guru, Clouds faham mengapa guru-guru kurang bersetuju dengan cadangan tersebut. Bagi mereka yang bukan seorang guru, pastinya mereka menyokong hal ini tanpa memikirkan kesannya terhadap P&P di sekolah kecuali pensyarah kerana Clouds pasti mereka juga faham akan situasi yang berlaku. Kenapa? Seingat Clouds, mana-mana kuliah yang Clouds masuk, semuanya anti bunyi handphone semasa kuliah dijalankan. Pernah satu kuliah Clouds kena tolak markah kerana bunyi handphone. Kalau sekolah, boleh ke buat macam tu?

Kebaikan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah:
1. Dapat berhubung dengan ibu bapa atau penjaga sekiranya terjadi kecemasan, lewat pulang ke rumah atau   ibu bapa lambat ambil.

Keburukan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah:
1. Mengganggu sesi P&P.
2. Kecurian.

Clouds hanya mampu fikirkan 1 kebaikan dan 2 keburukan membawa telefon bimbit sahaja. Apa pun, menurut Clouds tugas guru-guru akan semakin berat kerana akan ambil report pelajar yang hilang handphone pula selepas ini. Guru-guru juga semakin tidak dapat menjalankan P&P dengan baik kerana hal ini. Sekiranya pelajar di universiti pun ada yang tidak berdisiplin berkenaan hal handphone, apa yang kita harapkan dari pelajar sekolah pula? Terang-terang tahap kematangan mereka masih rendah berbanding mereka di universiti.

Clouds faham niat murni pihak tertentu berkenaan hal ini tetapi kalau boleh fikirkan inisiatif yang lebih baik bagi menangani isu ini. Sekiranya anda ada komen lain mengenai post kali ni, jangan segan-segan penuhkan di ruangan komen.

Sunday, 13 May 2012

SELAMAT HARI IBU




Selamat hari ibu kepada ibu-ibu di seluruh dunia =)

Emak, ibu, mama, mami, ummi dan macam-macam lagi sebutan yang anda boleh panggil kepada perempuan yang melahirkan anda. Susah payah mereka bukan hanya dikenang pada hari ibu sahaja tetapi sepanjang hayat. Hargailah ibu anda selagi dia masih ada. Yang telah kehilangan ibu mereka, bagi yang Islam bolehlah sedekahkan al-Fatihah kepada mereka. Bagi agama lain, Clouds rasa ada mungkin anda ada cara yang tersendiri kepada ibu anda yang telah pergi.

Di sini Clouds sertakan video clip dari Spice Girl (lama dah tak tengok clip ni..), Mama. Enjoy..=)


Tuesday, 24 April 2012

Slow ke Kelajuan Internet di Malaysia?


Salam.

Clouds baru terbaca artikel ni Yahoo.com dan kongsi di post dengan pembaca. Apa pendapat anda tentang kelajuan internet yang anda guna di Malaysia sekarang? Puas hati? Di sini Clouds nak kongsi ranking bagi kejuan internet bagi komputer dan mobile phone yang didapati dari dapatan Google.


Top 10 in Desktop Speeds (in seconds)
Slovak Republic (3.3)
South Korea (3.5)
Czech Republic (3.7)
Netherlands (3.9)
Japan (4)
Denmark (4.3)
Switzerland (4.3)
Sweden (4.5)
Belgium (4.6)
Norway (4.8)

Bottom 10 in Desktop Speeds (in seconds)
Chile (10)
Colombia (10.2)
Peru (11.7)
Brazil (11.8)
Argentina (12.8)
Malaysia (14.3)
Venezuela (14.9)
India (15.1)
Philippines (15.4)
Indonesia (20.3)

Top 10 in Mobile Speeds (in seconds)
South Korea (4.8)
Denmark (5.2)
Hong Kong (5.9)
Norway (6)
Sweden (6.1)
Estonia (6.2)
Czech Republic (6.3)
Japan (6.4)
Romania (7.5)
Slovak Republic (7.6)

Bottom 10 in Mobile Speeds (in seconds)
Malaysia (12.7)
Indonesia (12.9)
Singapore (12.9)
Mexico (14.1)
Brazil (15.8)
Argentina (16.3)
India (16.4)
Thailand (17.4)
Saudi Arabia (21.2)
United Arab Emirates (26.7)


Jadi apa pendapat anda setelah tengok dapatan ni? Patutlah kadang-kadang rasa nak hempas je kan pasal slow sangat tambah-tambah lagi masa tengah buat kerja secara online. Jadi diharap bolehlah bersabar setelah tengok dapatan ini. Clouds kirakan, negara kita suam-suam lagi kot dalam bidang ni. Tapi diharap , kemudahan ini akan dipertingkatkan lagi di masa hadapan. Hidup Malaysia!!!


Wassalam

Saturday, 14 April 2012

Dah semak gaji baru?

Salam.

Lama dah rasanya Clouds tak menulis dalam blog ni. Apa khabar semua yang mengikuti blog ni? Clouds bukan tanya dengan yang rasminya ikut blog ni sahaja. Semua yang membaca walaupun xmengikuti blog ni secara rasmi =) ..tapi bolehlah ikut blog ni kalau tak keberatan ye..tersalah atau terkurang harap dimaafkan.

Dah semak gaji baru ke belum? Ini untuk kakitangan kerajaan sahaja ye. Yang bekerja dengan syarikat swasta, kena tanya bos masing-masing lah. Jangan komplen orang lain naik gaji, awak tak naik dan salahkan semua pekerja kerajaan tak patut naik gaji. Sila tanya bos masing-masing. Soal orang tu buat kerja atau tidak, kalau orang tu berani nak makan duit yang dia dapat walaupun tak buat kerja yang sepatutnya, faham-faham sendirilah ye.. Sila ingatkan diri saya dan anda, hidup ni tak lama. Berani makan duit haram, beranilah tanggung akibat nanti.. Sekadar ingatan kepada anda dan saya sendiri (terutamanya)..

Berbalik semula soal gaji baru, insyaallah mulai bulan ni kita akan merasa kenaikan tersebut. Nak kata pasti bermula bulan ini akan dapat, Clouds sendiri tak berapa pasti sebab Clouds ni selagi tiada depan mata walaupun heboh sekampung pun memang ada apa-apa sahaja, Clouds tak percaya. Nak tengok sendiri juga. Dah jadi tabiat =).. Sekiranya dah dapat, syukur sangat-sangat dan kita perbaiki kualiti kerja kita ke arah yang lebih baik. Kepada warga pendidik, didiklah anak bangsa kita sehabis baik. Bayangkan macam anak @ adik sendiri. Kenapa Clouds minta bayang macam tu.. kalau anak @ adik sendiri, kita ajar betul-betul kan? Kalau ikutkan, siapalah Clouds nak bercakap macam ni, tapi ini sekadar renungan kepada pembaca dan terutamanya, Clouds sendiri.

Tersalah kata atau mengganggu perasaan sesiapa, Clouds dahulukan dengan ucapan maaf. Jangan kecil hati ye. Bacalah lagi post yang lain pada masa akan datang.

Wassalam.


Thursday, 8 March 2012

SBPA tiada, SSM ditambah baik


Salam.

Clouds yakin ramai yang dah tahu pasal pengumuman Dato Seri Najib berkenaan gaji kakitangan awam. Pada pandangan Clouds, agak relevan berbanding SBPA sebelum ni. Sebabnya.. fikir sendiri ye..=) 

Bercakap pasal penambahbaikan yang telah dibuat dalam SSM, antaranya ialah:

  • kakitangan gred 1 - 54: kenaikan gaji 13%
  • Gred khas (JUSA): kenaikan gaji  9%
  • Turus 2 & 3: kenaikan gaji 8%
  • Turus 1 & KSN: kenaikan gaji 7%
  • struktur gaji matriks ditukar kepada gaji min-max dengan kenaikan gaji tahunan, gred 1-54 : RM 80 - RM 320 (JUSA kekal sedia ada SSM)
  • cola dinaikkan: Kawasan B (RM 250) dan kawasan C (RM 150)
  • BIPK, BIW, BIP & BISP dikekalkan
  • Tempoh time-based (guru-guru) dikekalkan seperti dalam Bajet 2012 (lega....)
  • PTK tiada dan digantikan dengan Prospek (xtau singkatan untuk apa.nanti Clouds cari..)
  • Opsyen bersara 60 tahun dikekalkan
Berdasarkan pembacaan Clouds dalam NST online, semua ni bermula 1 Januari 2012 dan pembayaran akan bermula Mac. Pembayaran sama ada secara sekaligus atau berperingkat. Kalau rasa nak baca sendiri, Clouds sediakan link ni: http://www.nst.com.my/top-news/civil-servants-salary-adjustment-effective-jan-1-payment-from-march-1.57662

Di harapkan, harga barang tak naik melambung-lambung. Kalau naik juga, memang tak guna gaji naik pasal harga tetap tinggi. Harapnya pelaksanaan dari segi kawalan harga tu benar-benar berfungsi.

Sekiranya ada tersalah info, sila maklumkan di ruangan komen. Terima kasih juga kepada Dato Seri Najib di atas pengumuman ini.

Wassalam

Friday, 10 February 2012

Skandal KFC: Tumbuk Pelanggan

PELANGGAN KFC DISERANG STAF KFC


Salam.

Clouds baru baca jer cerita ni Yahoo Malaysia. Terjadinya insiden staf KFC memukul pelanggan atas sebab apa..banyaklah spekulasinya. 

Dikatakan pelanggan ni dah menunggu ayamnya selama hampir sejam tapi seperti yang diberitahu oleh staf KFC di situ, ayam dah habis. Kalau saya sebagai pelanggan tadi, saya akan tukar pesanan lain. Kalau itu pun tiada, saya pun akan berjalan menuju ke pintu dan keluar dan cari kedai lain. Tapi, Clouds betul-betul tak faham kenapa pelanggan yang seorang ni tetap juga nak menunggu.. Seriusss tak fahammmm..???

Clouds bukan nak provoke tentang apa-apa isu atau sesiapa pun. Yang Clouds kelakar tu, bergaduh pasal ayam dan seterusnya masuk pula pasal perkauman. Cuba ketepikan isu perkauman dan letakkan diri anda sebagai seorang pelanggan kemudian tukar jadi staf KFC tu pula. Apa tindakan anda kalau anda dalam situasi tersebut? Clouds bagi pilihan kat bawah ni ye:

Pelanggan KFC:
(a) Ayam dah habis?? Cis, cari kedai lain! KFC ******
(b) Kasi Zinger lah kalau macam tu. (Staf KFC cakap habis juga..dah geram ni pasal lapar yang amattt..) Kalau takder juga, apa yang ada? Saya nak yang tu.
(c) Kasi Zinger lah kalau macam tu. (Staf KFC cakap habis juga..dah geram ni pasal lapar yang amattt..) Kalau takder juga, takper lah..(Keluar dari KFC dengan hati yang hancur luluh + menyumpah habis-habisan..tak baikkkk)

Staf KFC:
(a) Orang ni tak faham-faham ke ayam dah habis??!! (Dalam hati sahaja..bengang teramat..) 

Ayamkuuuu..jangan kau rampas ayam kuuuu!!!! hahaha..=D

Ada 3 pilihan sekiranya Clouds meletakkan diri Clouds sebagai pelanggan dan hanya satu sahaja yang Clouds dapat fikirkan sekiranya Clouds sebagai staf. Clouds rasalah, Clouds takder lah sampai hadiahkan buku lima atau siku sekiranya itu yang terjadi walaupun yang mengenali Clouds akan berfikir dua kali sebelum cari pasal dengan Clouds.. Walaupun "Customer is always right" diguna pakai perlu diingat..anda berurusan dengan manusia. Kalau anda tak provoke, takkan ler kena tumbuk. Orang yang menyerang orang lain tanpa sebab ialah orang gila. Setuju tak?

Apa pun, fikir-fikirkan lah ye. Manager KFC cawangan i-City ni pergi mana? Awal-awal lagi sepatutnya dia dah sedar akan komplen dari pelanggan ni dan deal untuk settle masalah ni walaupun mengadakan ayam yang tiada itu mustahil. Manager sepatutnya lebih tahu cara berurusan dengan pelanggan macam ni. Rasanya lebih baik dan dapat elakkan insiden ni. Clouds yakin pelanggan tu dah provoke staf ni, sebab tu yang nak angin sebegitu rupa.

Walaupun kelihatan Clouds seperti sokong staf tu, sebenarnya Clouds nak cakap, yang salah tetap salah. Pelanggan tu rasanya kena minta maaf pasal provoke staf tu (walaupun dia cakap dia tak provoke apa pun :P..talk to my hand..) dan staf tu kena minta maaf pasal menyerang pelanggan tu (kerja depan counter ni, kena banyak sabar dik..walaupun pelanggan tu rasa-rasa macam nak tembak jer biar terkeluar isi otak tu..hehehe...=)) Kita yang tak tahu hujung pangkal cerita ni pula, janganlah menambahkan perencah dan perasa bagi membangkit emosi orang-orang lain.

Amalkan sikap Rasullullah SAW. Baginda SAW amatlah sabar walaupun pernah disimbah najis oleh seorang wanita Yahudi berkali-kali, Rasullullah SAW melawat wanita itu bila dia tak menyerang baginda pada satu hari kerana sakit. Akhirnya wanita itu masuk Islam kerana tertarik dengan akhlak baginda...Walaupun anda akan kata, itu Rasullullah..memanglahhhh..tapi tak salah rasanya kita cuba dan berusaha jadi yang terbaik seperti yang diajar Rasullullah SAW. Wallahualam.

Yang nak tengok video tu, Clouds sertakan bersama-sama di sini:

KENYATAAN MANGSA SERANGAN

Sunday, 5 February 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Salam.

Clouds nak mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Selain dari mengingati jasa baginda Muhammad SAW menyebarkan agama Allah, kita selami sifat-sifat baginda dalam pekerjaan, amalan dan kehidupan seharian baginda SAW. Pesanan ini khas untuk rakan-rakan seagama dan Clouds sendiri terutamanya. Kita berubah kepada yang lebih baik bagi mencorakkan kehidupan yang lebih baik semoga kita lebi diberkati pada masa akan datang. Wallahualam.

Tuesday, 24 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina

Salam.


Di kesempatan ini, Clouds sekadar nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang beragama Buddha. Sambil beraya, sambil2 juga layan blog ni yek ;-)