Salam.
Clouds yakin ramai yang dah tahu pasal pengumuman Dato Seri Najib berkenaan gaji kakitangan awam. Pada pandangan Clouds, agak relevan berbanding SBPA sebelum ni. Sebabnya.. fikir sendiri ye..=)
Bercakap pasal penambahbaikan yang telah dibuat dalam SSM, antaranya ialah:
- kakitangan gred 1 - 54: kenaikan gaji 13%
- Gred khas (JUSA): kenaikan gaji 9%
- Turus 2 & 3: kenaikan gaji 8%
- Turus 1 & KSN: kenaikan gaji 7%
- struktur gaji matriks ditukar kepada gaji min-max dengan kenaikan gaji tahunan, gred 1-54 : RM 80 - RM 320 (JUSA kekal sedia ada SSM)
- cola dinaikkan: Kawasan B (RM 250) dan kawasan C (RM 150)
- BIPK, BIW, BIP & BISP dikekalkan
- Tempoh time-based (guru-guru) dikekalkan seperti dalam Bajet 2012 (lega....)
- PTK tiada dan digantikan dengan Prospek (xtau singkatan untuk apa.nanti Clouds cari..)
- Opsyen bersara 60 tahun dikekalkan
Berdasarkan pembacaan Clouds dalam NST online, semua ni bermula 1 Januari 2012 dan pembayaran akan bermula Mac. Pembayaran sama ada secara sekaligus atau berperingkat. Kalau rasa nak baca sendiri, Clouds sediakan link ni: http://www.nst.com.my/top-news/civil-servants-salary-adjustment-effective-jan-1-payment-from-march-1.57662
Di harapkan, harga barang tak naik melambung-lambung. Kalau naik juga, memang tak guna gaji naik pasal harga tetap tinggi. Harapnya pelaksanaan dari segi kawalan harga tu benar-benar berfungsi.
Sekiranya ada tersalah info, sila maklumkan di ruangan komen. Terima kasih juga kepada Dato Seri Najib di atas pengumuman ini.
Wassalam

No comments:
Post a Comment