Pages

Saturday, 14 April 2012

Dah semak gaji baru?

Salam.

Lama dah rasanya Clouds tak menulis dalam blog ni. Apa khabar semua yang mengikuti blog ni? Clouds bukan tanya dengan yang rasminya ikut blog ni sahaja. Semua yang membaca walaupun xmengikuti blog ni secara rasmi =) ..tapi bolehlah ikut blog ni kalau tak keberatan ye..tersalah atau terkurang harap dimaafkan.

Dah semak gaji baru ke belum? Ini untuk kakitangan kerajaan sahaja ye. Yang bekerja dengan syarikat swasta, kena tanya bos masing-masing lah. Jangan komplen orang lain naik gaji, awak tak naik dan salahkan semua pekerja kerajaan tak patut naik gaji. Sila tanya bos masing-masing. Soal orang tu buat kerja atau tidak, kalau orang tu berani nak makan duit yang dia dapat walaupun tak buat kerja yang sepatutnya, faham-faham sendirilah ye.. Sila ingatkan diri saya dan anda, hidup ni tak lama. Berani makan duit haram, beranilah tanggung akibat nanti.. Sekadar ingatan kepada anda dan saya sendiri (terutamanya)..

Berbalik semula soal gaji baru, insyaallah mulai bulan ni kita akan merasa kenaikan tersebut. Nak kata pasti bermula bulan ini akan dapat, Clouds sendiri tak berapa pasti sebab Clouds ni selagi tiada depan mata walaupun heboh sekampung pun memang ada apa-apa sahaja, Clouds tak percaya. Nak tengok sendiri juga. Dah jadi tabiat =).. Sekiranya dah dapat, syukur sangat-sangat dan kita perbaiki kualiti kerja kita ke arah yang lebih baik. Kepada warga pendidik, didiklah anak bangsa kita sehabis baik. Bayangkan macam anak @ adik sendiri. Kenapa Clouds minta bayang macam tu.. kalau anak @ adik sendiri, kita ajar betul-betul kan? Kalau ikutkan, siapalah Clouds nak bercakap macam ni, tapi ini sekadar renungan kepada pembaca dan terutamanya, Clouds sendiri.

Tersalah kata atau mengganggu perasaan sesiapa, Clouds dahulukan dengan ucapan maaf. Jangan kecil hati ye. Bacalah lagi post yang lain pada masa akan datang.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment