Pages

Wednesday, 18 July 2012

Pelajar boleh bawa handphone ke sekolah?

Salam dan selamat sejahtera.

Masuk kelas pertama pagi ni, seorang pelajar bertanya dengan Clouds dalam nada hendak mengiyakan, "Cikgu, tahun depan boleh bawa handphone ke sekolah yek?"..Sebelum tu, semasa perhimpunan pagi, beberapa guru mengeluh kerana cadangan membenarkan pelajar membawa handphone ke sekolah. Sebagai seorang guru, Clouds faham mengapa guru-guru kurang bersetuju dengan cadangan tersebut. Bagi mereka yang bukan seorang guru, pastinya mereka menyokong hal ini tanpa memikirkan kesannya terhadap P&P di sekolah kecuali pensyarah kerana Clouds pasti mereka juga faham akan situasi yang berlaku. Kenapa? Seingat Clouds, mana-mana kuliah yang Clouds masuk, semuanya anti bunyi handphone semasa kuliah dijalankan. Pernah satu kuliah Clouds kena tolak markah kerana bunyi handphone. Kalau sekolah, boleh ke buat macam tu?

Kebaikan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah:
1. Dapat berhubung dengan ibu bapa atau penjaga sekiranya terjadi kecemasan, lewat pulang ke rumah atau   ibu bapa lambat ambil.

Keburukan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah:
1. Mengganggu sesi P&P.
2. Kecurian.

Clouds hanya mampu fikirkan 1 kebaikan dan 2 keburukan membawa telefon bimbit sahaja. Apa pun, menurut Clouds tugas guru-guru akan semakin berat kerana akan ambil report pelajar yang hilang handphone pula selepas ini. Guru-guru juga semakin tidak dapat menjalankan P&P dengan baik kerana hal ini. Sekiranya pelajar di universiti pun ada yang tidak berdisiplin berkenaan hal handphone, apa yang kita harapkan dari pelajar sekolah pula? Terang-terang tahap kematangan mereka masih rendah berbanding mereka di universiti.

Clouds faham niat murni pihak tertentu berkenaan hal ini tetapi kalau boleh fikirkan inisiatif yang lebih baik bagi menangani isu ini. Sekiranya anda ada komen lain mengenai post kali ni, jangan segan-segan penuhkan di ruangan komen.

No comments:

Post a Comment