Pages

Thursday, 8 March 2012

SBPA tiada, SSM ditambah baik


Salam.

Clouds yakin ramai yang dah tahu pasal pengumuman Dato Seri Najib berkenaan gaji kakitangan awam. Pada pandangan Clouds, agak relevan berbanding SBPA sebelum ni. Sebabnya.. fikir sendiri ye..=) 

Bercakap pasal penambahbaikan yang telah dibuat dalam SSM, antaranya ialah:

  • kakitangan gred 1 - 54: kenaikan gaji 13%
  • Gred khas (JUSA): kenaikan gaji  9%
  • Turus 2 & 3: kenaikan gaji 8%
  • Turus 1 & KSN: kenaikan gaji 7%
  • struktur gaji matriks ditukar kepada gaji min-max dengan kenaikan gaji tahunan, gred 1-54 : RM 80 - RM 320 (JUSA kekal sedia ada SSM)
  • cola dinaikkan: Kawasan B (RM 250) dan kawasan C (RM 150)
  • BIPK, BIW, BIP & BISP dikekalkan
  • Tempoh time-based (guru-guru) dikekalkan seperti dalam Bajet 2012 (lega....)
  • PTK tiada dan digantikan dengan Prospek (xtau singkatan untuk apa.nanti Clouds cari..)
  • Opsyen bersara 60 tahun dikekalkan
Berdasarkan pembacaan Clouds dalam NST online, semua ni bermula 1 Januari 2012 dan pembayaran akan bermula Mac. Pembayaran sama ada secara sekaligus atau berperingkat. Kalau rasa nak baca sendiri, Clouds sediakan link ni: http://www.nst.com.my/top-news/civil-servants-salary-adjustment-effective-jan-1-payment-from-march-1.57662

Di harapkan, harga barang tak naik melambung-lambung. Kalau naik juga, memang tak guna gaji naik pasal harga tetap tinggi. Harapnya pelaksanaan dari segi kawalan harga tu benar-benar berfungsi.

Sekiranya ada tersalah info, sila maklumkan di ruangan komen. Terima kasih juga kepada Dato Seri Najib di atas pengumuman ini.

Wassalam