Pages

Friday 31 January 2014

No title

Petang yang agak membosankan. Kalau sahaja aku boleh ke mana-mana tanpa risaukan wang dikocek, pasti sekarang juga telah aku merantau ke tempat yang diimpikan.

Petang 1

Aku masih baru di daerah ini. Tidak banyak rasanya yang aku boleh aku lakukan pada hari ini memandangkan aku masih perlu mengemaskan bilik yang aku sewa ini. Aku dikira bernasib baik kerana pihak sekolah membantu aku mencari rumah sewa apabila ditugaskan di daerah ini. Kebetulan guru ini pun tinggal berseorangan. Kak Rose namanya.

Petang itu, selesai sahaja aku berkemas, Kak Rose mengajak aku makan malam di luar. Restoran yang Kak Rose bawa aku pada petang itu terletak tidak jauh dari kuarters, tempat aku menyewa bersama Kak Rose.

Jalan dari kawasan kuarters ke restoran tersebut agak berlubang-lubang. Oleh itu, Kak Rose kelihatan berhati-hati membawa motosikalnya. Agak cekap juga aku lihat cara Kak Rose mengendalikan kenderaan dua roda itu. Aku yang sekadar membonceng di belakang berharap tiadalah kiranya kenderaan 4 roda melalui jalan itu pada waktu tersebut. Bimbang juga aku sekiranya kami berdua tergolek apabila bertembung dengan kenderaan lain semasa cuba mengelak daripada lubang-lubang yang ada.

Alhamdulillah kami selamat sampai di restoran yang Kak Rose maksudkan. Nasib kami cukup baik juga pada ketika itu kerana kelihatannya restoran baru sahaja dibuka. Aku kira pasti sahaja seperti di tempat lain, tempat itu akan dipenuhi manusia selepas maghrib. Kami segera memesan makanan setelah mendapat tempat duduk yang selesa pada kami.

"Akak dah lama ke mengajar di sekolah tu?"soalan pertama yang aku aju untuk memulakan perbualan di antara kami.

"Lama tak lama, dalam 3 tahun dah. Nape? Apa perasaan dapat posting di sini? "

"Tak tahu nak rasa apa. Suka ada, takut ada. Hehe..tak tahulah kak. Tapi kiranya bersyukur sebab dapat posting. Ingatkan mula-mula tak dapat dah pasal ada khabar angin yang kata kami yang meminjam dengan ptptn ni, takkan dapat posting dengan kpm. Katanya posting diutamakan kepada yang meminjam atau dapat biasiswa kpm,"panjang lebar juga aku bercerita tentang pengalaman aku sebelum dapat bertugas ni. Sememangnya aku teramat bersyukur setelah mendapat surat panggilan untuk bertugas sebagai guru di daerah yang agak asing bagi ku. Tapi tak mengapa. Kalau sahaja orang lain boleh, mengapa tidak aku. Ayat penyedap hati bila hati terasa ragu-ragu dengan kemampuan diri di tempat orang. Pesan emak, jaga diri dan jangan sombong di tempat orang. Hormat orang lain seperti mana kita mahu orang hormat pada kita. Insya Allah, pesan itu akan selalu aku ingat.

Saturday 17 August 2013

Selamat hari raya aidilfitri

Salam dan selamat sejahtera,


Lama sudah Clouds tak berkongsi cerita melalui blog ni. Sebenarnya Clouds agak terpana sedikit dengan kerja-kerja lain sampai terlupa nak update blog. Lama tu..last update pada Mac 2013. Memang agak lama Clouds terpana.. untuk itu Clouds pohon maaf.

Pada catatan ini, Clouds sekadar ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada pembaca beragama Islam. Walaupun dah lewat, kiranya ok lah kot sebagai tanda ingatan. Kepada yang akan berjalan jauh iaitu kembali semula ke tempat kerja, diharap dapat berhati-hati di jalan raya. Seelok-eloknya, sekiranya tak uzur, sebelum mulakan perjalanan lakukan solat sunat musafir. Ini sekadar perkongsian sahaja yek. Tak paksa =)

Kejadian kebakaran pun sangat kerap sekarang ni dilihat di berita-berita. Oleh itu, diharap kita semua pastikan keselamatan rumah kita: dapur gas, suis lampu dll dalam keadaan baik. Sekiranya tak pakar dalam bab pastikan pendawaian kat rumah ok, upahlah yang pakar (Clouds pun tak pakar...) Elok beringat sebelum terkena. Kalau ikut apa yang Clouds dengar kat radio, dikatakan seelok-eloknya 5 tahun sekali lakukan pemeriksaan wiring di rumah. Ini pun sekadar perkongsian. Sekiranya maklumat Clouds ni tak betul, sila beritahu. Clouds tak tahu sangat pasal bab-bab ni tapi kena ambil tahu.

So, itu sahaja untuk kali ini. Sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan kekalkan keamanan di Malaysia dengan mengelakkan perbalahan berkenaan tentang isu-isu sensitif (eg: agama, bangsa dll berdasarkan Perlembagaan Malaysia). Kita rakyat berbilang kaum, jadi sifat toleransi kena ada. Sekiranya tak puas hati, gunakan saluran yang betul untuk menyatakan perasaan tu. Tapi perlu diingat, tak semua yang kita mahu kita akan dapat. Tak semua perkara yang kita mahu orang lain pertimbang, akan dipertimbangkan. Jadi, fikir-fikirkanlah...

Saturday 9 March 2013

LOGHAT MANA YANG LEBIH MUNASABAH?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada.


Loghat Utara:
Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak.


Loghat Pantai Timur (kelate):
Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Tuesday 19 February 2013

Lawak Guru & Anak Murid

"Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. 
Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? 

Murid-murid: Faham, cikgu! 

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. 
Murid-murid: (senyap)
 
Cikgu: Pandai! 
Murid-murid: Bodoh!
 
Cikgu: Tinggi! 
Murid-murid: Rendah! 

Cikgu: Jauh! 
Murid-murid: Dekat! 

Cikgu: Keadilan! 
Murid-murid: UMNO! 

Cikgu: Salah! 
Murid-murid: Betul! 

Cikgu: Bodoh! 
Murid-murid: Pandai! 

Cikgu: Bukan! 
Murid-murid: Ya! 

Cikgu: Oh Tuhan! 
Murid-murid: Oh Hamba! 


Cikgu: Dengar ini! 
Murid-murid: Dengar itu! 


Cikgu: Diam! 
Murid-murid: Bising! 


Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh! 
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai! 


Cikgu: Mati aku! 
Murid-murid : Hidup kami! 


Cikgu: Rotan baru tau! 
Murid-murid: Akar lama tak tau! 


Cikgu: Malas aku ajar kamu! 
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu! 


Cikgu: Kamu gila! 
Murid-murid: Kami siuman! 


Cikgu: Cukup! Cukup! 
Murid-murid: Kurang! Kurang! 


Cikgu: Sudah! Sudah! 
Murid-murid: Belum! Belum! 


Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat? 
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai! 


Cikgu: Oh! Melawan! 
murid-murid: Oh! Mengalah! 


Cikgu: Kurang ajar! 
Murid-murid: Cukup ajar! 


Cikgu: Habis aku! 
Murid-murid: Kekal kami! 


Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis! 
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula! 


Cikgu: Sudah, bodoh! 
Murid-murid: Belum, pandai! 


Cikgu: Berdiri! 
Murid-murid: Duduk! 


Cikgu: Saya kata UMNO salah! 
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul! 


Cikgu: Bangang kamu ni! 
Murid-murid: Cerdik kami tu! 


Cikgu: Rosak! 
Murid-murid: Baik! 


Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini! 


Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu! 


Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sunday 10 February 2013

Kisah Pesakit Mental & Pengawal

Satu hari seorang pengawal membuat rondaan di setiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu. Walaupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu "Intifada". Kata pengawal itu dalam hatinya,

"Tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." 

Sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda ke bilik-bilik pesakit yang lain. Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu "Aduh Saliha" pulak. Dia menyanyikannya lunak di mana ton suaranya amat sedap sekali, cuma dia pesakit mental. Kalau tak, pasti boleh buat album....Walaubagaimanapun, kali ini dia menyanyikan lagu "Aduh Saliha" tu dalam keadaan meniarap. Lagu "Intifada" yang mula-mula tadi dengan keadaan terlentang. Pengawal itu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...


"Kenapa kamu menyanyi meniarap? Tadi terlentang?" 

Jawab pesakit mental itu.....

"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...." (Kaset ada SIDE A & SIDE B..)


Pengawal itu pun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.."Betul jugak."


heeeeheeee....


Sunday 3 February 2013

Lawak Orang Terengganu


Salam & selamat sejahtera.

Lawak ni sebenarnya dari email yang kawan Clouds forward dahulu kala. Bila terbaca semula tu, rasa kelakarlah jugak. Jadi Clouds nak berkongsi dengan anda semua. sebelum tu, terima kasih kepada Nur Mutmainnah Muntalip sebab kongsikan lawak ni:
 
Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!!
 
Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barulah ujiang bercakak pulok
(temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang terpilih tu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk ditemuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih.
 
Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!).......
 
"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".
 
Sampuk pulak kawan yang kedue ni.... "mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".
 
Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh... Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun.... Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukang nye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control macho lagi".
 
Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kawang kite yang pertame ni pun dipanggil.
 
Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.
 
"Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi???".
 
Kawang nombor satu tadi pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye....pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis".
 
Kawang nombor due pulok menyampuk: 

"Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."
 
Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bak peyang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu napok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. Kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu".
 
Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane.
 
Name kawan nombor due pun dipanggil....
 
Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, 

"Amende soalang yang kuor?" 

Jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi".
 
Kawang nombor tige ni pong panik la. "Ah sudoh awang! aku pong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu".
 
Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"
 
Kawan no tige pulok jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"
 
Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea..... 

"Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."
 
Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?
 
Kata kawang nombor tige: Mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel suke sampaikang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, 

"Mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap?" 

Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang.................

"Datuk Calvin Klien". 

Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu.....
 
Gitulah cerite nye.... spang kederang sunggoh!!!

Thursday 24 January 2013

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Salam.

Kepada rakan-rakan beragama Islam, sama-samalah kita menyambut hari kelahiran rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Serikan hari-hari kita dengan selawat ke atas junjungan dan zikir-zikir munajat. Semoga amalan kita diterima Allah SWT. Amin =)