Pages

Thursday, 24 January 2013

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Salam.

Kepada rakan-rakan beragama Islam, sama-samalah kita menyambut hari kelahiran rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Serikan hari-hari kita dengan selawat ke atas junjungan dan zikir-zikir munajat. Semoga amalan kita diterima Allah SWT. Amin =)

Bengkel Aku Penulis Muda Siri 6

Salam dan selamat sejahtera.

Kepada anda yang sedang mula mencari tok guru untuk mempelajari cara memulakan penulisan proposal, bengkel ini merupakan bengkel yang mesti anda ikuti. Clouds telah hadiri sendiri bengkel ini sewaktu siri 5 dan bengkel ini amat membantu Clouds memulakan penulisan proposal. Berikut ialah maklumat mengenai bengkel ini:

Tarikh/ Hari: 16 Februari 2013 (Sabtu)
Masa: 8.30 - 5.00 pm
Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
Cara mendaftar: Sms @ email nama & email anda ke 012-2118608 atau dr_shaef@yahoo.com

Anda juga boleh lihat sendiri di blog penceramah bengkel ini di shaef.blogspot.com di entri 32. Nasihat Clouds kepada yang akan hadiri bengkel ini, sila bawa juga broadband masing-masing (kalau ada) untuk mengelakkan berebut line semasa bengkel dijalankan.

Sunday, 13 January 2013

Cikgu 2013: Tahun Baru, Azam Baru

Salam & selamat sejahtera.

Lama dah Clouds tak berblog ni. Kalau anda perasan dengan blog ni pun, dah ada beberapa halaman yang Clouds dah padam. Bukan apa.. Kalau ada pun, Clouds tak sempat nak update. Alangkan yang utama ni pun Clouds tak sempat. Macam sibuk bebenor ;)

Sempena musim tahun baru persekolahan ini, pastinya guru-guru sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan pengajaran terbaru, buku rekod & bermacam-macam tugas pentadbiran yang kena disiapkan. Jadi, di sini Clouds sediakan link untuk mereka yang memerlukan rancangan pengajaran tahunan 2013 bagi Matematik Tingkatan 4 & 5. Kepada mereka di negeri yang bersekolah pada hari Ahad, anda kena ubah tarikh tu yang mana diawalkan sehari.

Senarai link:
  1. RPT 2013 Matematik Tingkatan 4
  2. RPT 2013 Matematik Tingkatan 5
Bagi yang nak dapatkan huraian sukatan pelajaran sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris pula, boleh layari laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).