PELANGGAN KFC DISERANG STAF KFC
Salam.
Salam.
Clouds baru baca jer cerita ni Yahoo Malaysia. Terjadinya insiden staf KFC memukul pelanggan atas sebab apa..banyaklah spekulasinya.
Dikatakan pelanggan ni dah menunggu ayamnya selama hampir sejam tapi seperti yang diberitahu oleh staf KFC di situ, ayam dah habis. Kalau saya sebagai pelanggan tadi, saya akan tukar pesanan lain. Kalau itu pun tiada, saya pun akan berjalan menuju ke pintu dan keluar dan cari kedai lain. Tapi, Clouds betul-betul tak faham kenapa pelanggan yang seorang ni tetap juga nak menunggu.. Seriusss tak fahammmm..???
Clouds bukan nak provoke tentang apa-apa isu atau sesiapa pun. Yang Clouds kelakar tu, bergaduh pasal ayam dan seterusnya masuk pula pasal perkauman. Cuba ketepikan isu perkauman dan letakkan diri anda sebagai seorang pelanggan kemudian tukar jadi staf KFC tu pula. Apa tindakan anda kalau anda dalam situasi tersebut? Clouds bagi pilihan kat bawah ni ye:
Pelanggan KFC:
(a) Ayam dah habis?? Cis, cari kedai lain! KFC ******
(a) Ayam dah habis?? Cis, cari kedai lain! KFC ******
(b) Kasi Zinger lah kalau macam tu. (Staf KFC cakap habis juga..dah geram ni pasal lapar yang amattt..) Kalau takder juga, apa yang ada? Saya nak yang tu.
(c) Kasi Zinger lah kalau macam tu. (Staf KFC cakap habis juga..dah geram ni pasal lapar yang amattt..) Kalau takder juga, takper lah..(Keluar dari KFC dengan hati yang hancur luluh + menyumpah habis-habisan..tak baikkkk)
Staf KFC:
(a) Orang ni tak faham-faham ke ayam dah habis??!! (Dalam hati sahaja..bengang teramat..)
(a) Orang ni tak faham-faham ke ayam dah habis??!! (Dalam hati sahaja..bengang teramat..)
Ayamkuuuu..jangan kau rampas ayam kuuuu!!!! hahaha..=D
Apa pun, fikir-fikirkan lah ye. Manager KFC cawangan i-City ni pergi mana? Awal-awal lagi sepatutnya dia dah sedar akan komplen dari pelanggan ni dan deal untuk settle masalah ni walaupun mengadakan ayam yang tiada itu mustahil. Manager sepatutnya lebih tahu cara berurusan dengan pelanggan macam ni. Rasanya lebih baik dan dapat elakkan insiden ni. Clouds yakin pelanggan tu dah provoke staf ni, sebab tu yang nak angin sebegitu rupa.
Walaupun kelihatan Clouds seperti sokong staf tu, sebenarnya Clouds nak cakap, yang salah tetap salah. Pelanggan tu rasanya kena minta maaf pasal provoke staf tu (walaupun dia cakap dia tak provoke apa pun :P..talk to my hand..) dan staf tu kena minta maaf pasal menyerang pelanggan tu (kerja depan counter ni, kena banyak sabar dik..walaupun pelanggan tu rasa-rasa macam nak tembak jer biar terkeluar isi otak tu..hehehe...=)) Kita yang tak tahu hujung pangkal cerita ni pula, janganlah menambahkan perencah dan perasa bagi membangkit emosi orang-orang lain.
Amalkan sikap Rasullullah SAW. Baginda SAW amatlah sabar walaupun pernah disimbah najis oleh seorang wanita Yahudi berkali-kali, Rasullullah SAW melawat wanita itu bila dia tak menyerang baginda pada satu hari kerana sakit. Akhirnya wanita itu masuk Islam kerana tertarik dengan akhlak baginda...Walaupun anda akan kata, itu Rasullullah..memanglahhhh..tapi tak salah rasanya kita cuba dan berusaha jadi yang terbaik seperti yang diajar Rasullullah SAW. Wallahualam.
Yang nak tengok video tu, Clouds sertakan bersama-sama di sini:
KENYATAAN MANGSA SERANGAN

